Saturday, January 17, 2015

Realisasikan Azam Baru

 Tahun baru. Azam Baru. 

Aktiviti Ikram Junior untuk Sesi 2015 dimulakan dengan aktiviti yang cuba membawa anak-anak ini berfikir dan merelealisasikan apa yang mereka mahu capai pada tahun ini. Semestinya, hari demi hari, kita mahu menjadi orang yang baik dan terbaik bukan.


Gambar poster diinspirasi dari  http://img.astroawani.com/2013-12/61388399966_950x600.jpg

Persediaan AJK

Aktiviti dimulakan dengan Solat Sunat Dhuha dan membaca Doa Dhuha secara berjemaah. Setiap peserta dibekalkan dengan fail yang mengandungi bacaan doa dhuha, doa ibu bapa dan Surah Ad-Dhuha.






 Aktiviti bermula. Setiap peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tahap umur.

Tahap 1

Mewarna gambar-gambar yang mengandungi akhlak mulia yang mahu diamalkan pada tahun ini dan tahun-tahun seterusnya. Antaranya ialah, mahu sentiasa menolong kedua-ibu bapa di rumah dan membuat kerja sekolah.

Setelah mewarna, ada sesi gunting-menggunting dan menyuaikan gambar-gambar yang telah diwarna tadi ke ayat penyata yang sesuai.


Ibu juga digalakkan untuk ikut serta dan membantu anak-anak menyelesaikan tugasan
Berehat sebentar dengan bermain

Hasil kerja yang sudah siap di tampal di dinding. Masingg-masing boleh melihat hasil kerja diri sendiri dan kawan-kawan.
 

Selepas itu, Kak Razliza selaku Pengerusi Ikram Junior (Kulim) 2015 menyampaikan sedikit tazkirah ringkas kepada anak-anak tentang azam yang mahu dicapai berdasarkan hasil kerja yang mereka lakukan sebentar tadi.
 

Sesi Bergambar !!

 

Tahap 2

Anak-anak yang berada pada Tahap 2 pula bermain dengan sticky-note. Mereka akan menulis azam-azam yang mahu dicapai samada di sekolah atau di rumah dan seterusnya mereka poster berdasarkan azam tersebut.
 
 Ya, masing-masing mahu menjaadi anak dan pelajar yang baik. Kakak fasilitator bersama-sama cuba membantu dan memberi idea apakah bentuk azam yang sesuai.

 


Selepas itu, poster anak-anak dilekat di dinding surau untuk menjadi tatapan juri markah.

Azam adik-adik perempuan. Penuh dengan catatan dan lukisan.


 

Manakala adik-adik lelaki pula, menulis azam-azam mereka dengan simple dan cool, sesuailah dengan jiwa sebagai seorang lelaki.



Aktiviti program berakhir dengan tazkirah ringkas, penyampaian hadiah dan sesi bergambar. Mudah-mudahan Allah mengira aktiviti ini sebagai amal ibadah di sisiNya.