Saturday, February 7, 2015

Pertandingan Menghias Sandiwch

Pada bulan ini, kami mengadakan Pertandingan Menghias Sandwich. Seramai 32 kanak-kanak yang hadir ke Surau Kulim Square untuk memeriahkan program ini.

Objektif program pada kali ini ialah untuk mengasah kemahiran diri serta kreativiti di kalangan anak-anak kecil ini. Setelah seminggu berhempas pulas dengan aktiviti akademik di sekolah, kini tibalah masanya untuk berehat tetapi masih dalam suasana belajar yang menyeronokkan. Inilah juga masanya anak-anak kecil ini mendengar tazkirah ringkas yang boleh menjadi panduan hidup.




Persiapan dan persediaan ajk program


Program dimulakan dengan Solat Dhuha. Selepas itu, disusuli dengan tazkirah ringkas yang menyentuh tentang - kenapa kita tidak boleh bermain-main ketika solat.


Acara yang ditunggu-tunggu pun bermula. Peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tahap umur. Mereka dibantu kakak fasilitator sepanjang pertandingan ini. 

Jom kita lihat aksi anak-anak yang comel ini !




















Taraaa...

Inilah hasil sebahagian kerja tangan peserta.

Wah, kreatif bukan!



Program berehat sebentar pada pukul 10 untuk makan pagi. 

Disambung semula pada pukul 10.20 untuk sesi tazkirah yang bertajuk Adab Membantu Ibu-Bapa. Diselang seli juga dengan kuiz dan tasmik bacaan niat dan doa solat sunat dhuha.








Acara yang ditunggu-tunggu iaitu penyampaian hadiah dibuat pada pukul 11.00. Majlis disempurnakan oleh Kakak Najihah dan Pengerusi Ikram Junior Kulim, Kakak Razliza.


Tahniah kepada yang berjaya. Setiap peserta adalah pemenang. Program ditutup pada pukul 11.30 dengan tasbih kifarah dan surah al-asr. 


Sebelum balik, peserta bersalam-salaman dan setiap mereka membawa balik sandiwch yang direka untuk ditunjukkan kepada ibu di rumah.

Tahniah semua!

Sesi Fotografi

No comments:

Post a Comment